Monday, November 30, 2009

Lega

Aku lega..
Dia MENDENGAR malam tadi
Setelah dua minggu dia berdiam diri
Akhirnya segala telah terungkai
Tiga jam berbicara
Kerja-kerja merungkai tidaklah begitu sulit
Tapi kerja-kerja 'menyiasat' tentang seseorang yang ditumpukan
Hahaha..Sedar-sedar, jam menunjukkan 5 pagi
Maaf, mengorbankan masa rehat kamu

Terima kasih kerana membantu aku mengalihkan beban dihati ini
Terima kasih kerana pernah menghuni hati ini
Terima kasih kerana menjadi sahabat
Terima kasih kerana mendengar
Terima kasih atas segala teguran dan nasihat
Terima kasih atas segalanya

p/s: Angel buatmu, AHH

Sekarang kena panggil Am or Abang Am? Dua-dua pun boleh. Dah selesa (hormat) :D

Sunday, November 29, 2009

Sunday Morning

Eiiyahhh..*stretching*


My Sunday Syndrome is too bad!
Bermalas-malasan di atas katil, lambat mandi, lambat kemas rumah..
Semua pun lambat!
Tapi Subuh hari ni sangat cepat! :D
Selesai je sesi bertemu 'kekasih', lompat atas katil semula..
On lappy, buka youtube, taip Kris Allen..
Uncle ni sangat handsome ok!
Suara dia..urghh..Sedap sangat!
I like his song Live Like We're Dying
Kerja-kerja memuatturun di pagi hari sebegini memang cepat! Huhuhu...


- Haa..tgk tu..tgk tu..dia senyum camtu..Haish!-


Next song played is Semua Untuk Cinta..
1030am ada discussion for final exam..
Next week cuti!! Yahoo!!
Plan? Mahu stay di Shah Alam bersama Lyn..
Memudahkan sesi keluar berfotografi bersama fotographer yang lain..
Ala..Janji nak keluar ngan Diana dan Asu tak tunaikan lagi..
Hariz pun nak turun Putrajaya arini..mamat tu nak tengok saya ber'riding'
Banyak rupanya temujanji, tapi seperti biasa..MALAS!



p/s: Music, fotography, riding, karaoke - ini semua hiburan.
Masa banyak dipenuhi dengan hiburan. Terlebih hiburan atau taksub dengan hiburan = ?
Next entry, I'll post panduan dalam hiburan

Saturday, November 28, 2009

Sok sek sok sek..

1. Ilmu baru yang ku perolehi dari kenalan kakakku (Haji Syukri)

"Tetamu yang datang ke rumah akan membawa rahmat, dan kepulangannya akan membuang dosa yang kita lakukan"

Allah itu Maha Pemurah. Hargailah tetamu anda dalam apa jua keadaan, letih, sibuk dan sebagainya. Berapa banyak dosa yang dibawa perginya itu, Wallahua'lam..Tidak diketahui berapa banyak..

2. "Raya balik kampung? Buat korban? Berape ekor kuda?"

Haishh..asik la kuda! Awek cun camni pun, nampak cam kuda ke? :P

3. "Kak..beli kak? Roti canai telur ada, nasi lemak ada, nasi dagang ada.." Ku hanya tersenyum padanya. "Terima kasih kak.."

Kanak-kanak lelaki yang berusia 9 tahun, berdiri sambil memegang bakul jualannya di petrol pump, masih lagi mampu untuk berbudi bahasa..Yang mana, nilai murni ini makin menyusut dalam dunia serba canggih..

4. "Fuyoo..Hensem lelaki tu, Murni!! Dia pandang..dia berminatlah tu..Tengok kereta dia!Gi la tackle!"

Pekerja aunty yang menemaniku ke kedai runcit di pekan Masjid Tanah mengasakku dengan pelbagai 'arahan'. Kalaulah hati mudah  untuk mencintai orang, sudah lama Murni tackle lelaki-lelaki di KL yang bersepah tu..Masalahnya, dalam ini, adanya HATI, dan dalam HATI ada AH.

5. "Murni nak pergi umrah lah bulan 6 nanti..sempat tak.. nak kumpul duit? Nak pakai duit sendiri.. mak nak pergi tak?" "Mak nak pergi masa bulan puasa nanti..Kalau nak, seribu daya"

Hati terasa padat dan melimpah tapi hakikatnya kosong.. Bila tenung muka mak, rasa nak menangis. Tapi mana mungkin! Bilang saja, siapa yang pernah melihatku menangis? None, even my family. Ya, sejak diriku menjangkau dewasa.

6. "Kak long nak tukar Harrier, nak ambil warna apa erh?" Tanya kakakku.."Black! Sebab nampak gagah perkasa, nampak sombong teramat sangat." "Wah, nak berlagak ke?" Balas kakakku.. "Bukan, kereta je yang nampak macamtu..Bila drive kat highway, kalau ada Harrier kat belakang, rasa kelam kabut nak ke tepi. Tak tentu arah rasanya..Walaupun Harrier tu tak laju. Kesian kereta comelku.."

Apa motif sebenar? Urm..kurang pasti. Yang pasti, Murni suka dengan kegagahan Harrier hitam.

7. "Sejak practical, asik la demam..antibody tak kuat langsung!" bunda tercinta melontarkan butir bicaranya.. "Nak buat macamana.." balasku

Di hari raya Aidil Adha, suhu badan kembali naik. Demam lagi..Dalam masa seminggu ni, dah tiga kali demam..

Wednesday, November 25, 2009

I hate myself!

That's true..I hate my self when all these things happened:-

1) Listened to 'Semua untuk Cinta' everyday

2) Bought a bottle of 'Twister' as a substitution to my favourite drink 'Green Tea Lipton', even though the taste is differ

3) Tried white coffee, even though I don't drink coffee

4) Keep looking at his photos

5) Keep thinking of him

6) When I saw people warded for tonsillectomy, heart problem, and hypertension, I'll always spend more time chit-chating with them and tell them that I have a 'friend' having those problem but in a modified story, so that my man look macho!

7) Keep looking at my phone, hoping 'Eykal' will call/text me ;) Goshh!

What had happened actually..? He is so powerful? I think "what goes around comes around", God sent him for this karma. OMG..Strong please!!

Tuesday, November 24, 2009

Phewww~

Lalala..ape erh? Jari mahu menari..hati mahu meluahkan nasibnya..Tapi 'brain' tidak membenarkan..
So? So, jawapannya..ikut kate brain..sebab manusia dikurniakan otak yang berakal, menjadikannya haiwan yang paling tinggi darjatnya..

Hati: Bagilah chance..nak luahkan apa yang terpendam juga. Asik-asik Brain yang dapat peluang..

Jari: Phewww..saya tak kisah. Saya ikut je, apa yang kamu berdua decide.

Brain: Arghh..tak boleh. Kau tak boleh pakai sangat..Memalukan tuan badan je..Semua pun sebab kau, dia ikut cakap kau haritu..Sudah-sudah! Tak boleh layan sangat kehendak kau. Dengar cakap aku!

Hati: Hurmm..ye laa..Tapi kalau aku sakit macamana? Pendam banyak sangat?

Brain: Ini lah yang aku tengah buat, kau takkan sakit lagi..Ubat kau, Quran, istighfar, selawat. Faham?!

Hati: Ye la..faham..Tapi..bagilah..sekali ni je..please..please..

Brain: Ok, kali ni je..

Hati: Yess!! Tqvm Brain..

Dan hati pun, mulalah meluahkan segalanya..





Sunday, November 22, 2009

My fault

Its all about 'my fault'
I just follow my intuition. Just felt he is the one for me..

Voice: Hahaha..

Aku: Salah akukah?

Voice: Ya, salah kau..Kan aku dah ingatkan, jangan bagi 100% hati kau..

Aku: Aku tak boleh..Dah cuba. Cara dia memikat, aku sayang dia. Aku kalah kan?

Voice: Semoga kau tak mati dalam dunia ciptaan kau

Aku: Yer, selagi ada orang-orang yang aku sayang di dunia ini, aku mungkin boleh bertahan

Voice: Kau kan hebat! Semua benda kau mahu buat, pastikan yang ini kau boleh buat!

Aku: Aku tak pasti..Semalam je aku dah menangis di awal pagi. Kau kan tau, aku susah menangis. Dulu pun aku menangis, tapi sebab kesusahan pelajaran ku..Kali ni, aku menangis lagi, sama macam dulu.

Voice: Kau bodoh! Aku kan dah kata, pilih lelaki yang sayangkan kau. Kau sayangkan dia kemudian. Jangan cepat sangat!

Aku: Aku ingat pesanan tu. Hati dan otak berbeza. Cara dia sepertinya serius, memberikan harapan pada ku. Aduh..sakitnya. Macamni rupanya sakit patah hati. Tak ada ubat tahan sakit, tak boleh buat pembedahan. Kena tunggu dia hilang sendiri.

Voice: Yer, sekarang kau dah rasa kan? Aku dah kata, penyakit ni lain. Lain dari apa yang kau belajar.

Aku: Hahaha..aku kalah..Kau jahat! Tak datang masa aku tengah syok dalam dunia ciptaanku. Datang masa aku sakit je

Voice: Kau yang tak panggil aku. Kan aku kata, aku akan datang hanya pada masa kau memikirkan kegagalan. Ada kau fikir kegagalan? Kau fikirkan kejayaan je kan? Hidup ni, jangan sombong, jangan bongkak. Kena lihat bawah sesekali.

Aku: Betul kata kau.

Angel!

Friday, November 20, 2009

Save me..

I miss him badly..
He was changed
Trusting him is a big mistake
He went away without saying anything
I just realized that he's gone

I miss him, truly, badly and deeply
I'm not very tough to go through all these..
How he changed my mind to enter another series of life?
Changed my mind to be in LUV?


Thank you very much for treating me nicely, Angel..

Monday, November 16, 2009

He's for real?

This feeling was awesome!
Is it possible to have this feeling till the end of my life?
Such a quintessential day..
Yeah, I really hope so..

but...
one thing that keep disturbing me, everyday..
Will he understand me?
Don't bother what people say! ;)



Wednesday, November 11, 2009

Burger Ding Dong





Last nite, I went to Seri Kembangan with Mowdy, Pink and Abdullah (Sudanese-new-Pink's-fren). We had Burger Ding Dong RM5 each for our dinner. Nyummy~


-abang ding dong-



- Mowdy yang macho but poyo-

-Pink-

We ate at McD since the stall's tables were small and wet. Bayangkan, kami makan nyummy burger di kala hujan. Superb!

p/s: Sorry babe, curi gambar anda dr FB..hehe :P

Tuesday, November 10, 2009

My Odour


Weeee~ I had new body odour..Smells good and freshing~

Miss J.Lo, Mr Salvator Ferragamore and Mr Loccitane jgn jeless..
I'm not goin to touch u for a moment..
I have a new 'gurlfren', she is sooo sexy and juicy. Miss Victoria..Huhuhu..
I bought 3 bottles of Victoria's Secret body mist
Suka sangat! Suka sangat!
I found her in The Curve ;P

Haish..bestnyer..Sampai je rumah, terus mandi, and spray body mist..nyummy~ Fresh and sweet. Hari ni, tido dengan body mist baruu..Esok pagi, bangun tak masam lagi..Yerkss!

Ouh, 'gf' baru ku ajak tidoww..
She seduce me to get into comforter. Yahoo!!
Ok, nak tido. Bye!
ZZZzzzzz...
Selamat malam makhluk Tuhan!

Saturday, November 7, 2009

Dia

Sekali lagi..
Ianya datang..
Singgah dihatiku..

Kenapa perlu mengenalinya, jika tiada jodoh?
Untuk apa?
Untukku menunjukkan bahwa aku benar-benar tertarik padanya adalah sangat mustahil
Aku masih punyai malu..

Aku benar ni!
Aku benar!
Tidak menipu..
Aku tertarik pada kau..

Aku tertarik pada waktu pertama kali kita berbicara
Hatiku berdetik "inilah jodohku..inilah lelaki yg aku tunggu sehingga menolak laki-laki lain"
Ya, saat pertama kali kita berbicara
Bukan selepas aku mengenali siapa kau sebenarnya..
Walau kau ada ciri-ciri yang tidak berapa aku suka..
Ntah sebab apa, aku makin suka..
Iya, pada kau..

Aku berasa amat malu untuk mengaku bahwa aku jatuh cinta
Aku merasakan kau terlalu hebat..
Hebat dalam segala hal..


-Semoga bahagia dunia dan akhirat AHH@Angel@Aaachoom-

Strong

I'm weak..really - really weak..
too much things happened in this week..
Sigh..
Misplaced the log book due to negligence
and now u suffer, Murni!
I have to do all over again..
everything that I've done for the past 4 weeks..

Strong gurl

:"(

Tuesday, November 3, 2009

Cinta dan Sahabat

Cinta..
Banyak pengertian kan?
Tapi bagi aku, cinta adalah kawan sejati
Orang yg mencintaiku mesti mengenali baik dan burukku
Setiap yg dilakukan mestilah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam kehidupan
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang
Jadi, janganlah tertarik kepada seseorang kerana paras dan rupanya
Kerna paras dan rupa dapat menyesatkan
Jangan pula tertarik pada kekayaannya
kerna kekayaan itu dapat dimusnahkan

Tertariklah pada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum
kerna senyum dapat membuatkan hari gelapmu menjadi cerah
Ibarat kata orang, bunga mawar pasti ada durinya
Dari kesusahan itu, pasti akan ada kesenangan dan kebahagiaan
Durian berduri kerna sedap isinya
Kulit manggis yang pahit kerna manis dalamnya
dan bunga ros berduri kerna harum baunya

Dan jika seseorang hadir dalam hidup kamu
dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi terpaksa pergi kerna sesuatu
Janganlah terlalu sedih, janganlah berkata buruk tentangnya
Terimalah kenyataan, kerna dia pernah membahagiakan kamu

Apabila ada yang datang nanti
jangan biarkan ia pergi
Dan jika esok dia masih datang lagi
jangan harap dia akan datang buat ke sekian kalinya
Haraplah bahwa itu pertama dan selamanya

-pesanan orang tua yang telah lekat di kepala dan turun ke hati-
---------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Selamat Pengantin Baru kepada kak long. Tahniah! Anda dapat certificate baru. Hehehe..


About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit